Wednesday, 15 June 2016

Dengan izin Allah swt


al-Quran,al-Taghabun:11

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah,dan sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


Kalau rasa susah ingatlah Allah,
Kalau rasa sakit ingatlah Allah,
Kalau rasa takut ingatlah Allah,
Kalau rasa kehingan seseorang yang disayangi ingatlah Allah,
Kalau rasa nervous nak present ingatlah Allah,
Kalau rasa diri ini kosong ingatlah Allah,
Kalau rasa diri ini terpinggir dari orang lain ingatlah Allah,
Dan banyak lagi kalau,
Ingatlah bahawasanya Allah swt sentiasa bersama kita..

By Miss NAina 😊

Thursday, 12 May 2016

Tak bercinta tetapi dalam hati ada someone special.

Tak bercinta tetapi dalam hati ada so women special???

Kamu cakap tak bercinta, tetapi sebenarnya dalam hati kamu ada someone special. Betul tak. Haaaa, betullah tu.

Situasi diatas memang banyak yang berlaku dalam kalangan kita especially yang masih berstatus bujang.

"Sebenarnya aku memang sedang tunggu dia, aku suka dia. Tapi..... Sukakah dia pada aku?" , kata  dalam hati.

"Aku tak bercinta buka bermakna aku tak laku. Jodoh aku belum sampai kut..", hati berbicara.

"Aku berharap yang dia juga akan berpaling pada aku. Aku tak nak bertepuk sebelah tangan. Nantikan tak berbunyi tepukan tu. Ceeewah. Hehe. Betullah kan".

"Aku berdoa dalam solatku, semoga si dia lah jodoh ku.".

(Bagi mereka yang single lagi tu, try cari si dia dan berdoa. In sya Allah, Allah akan bantu kita. Pastikan niat kita baik)

Sekian.....

Wednesday, 4 May 2016

Pandangan..

Assalamualaikum..

Kadang-kadang apa yang kita buat atau apa yang kita lakukan tidak disenangi, disukai atau paling teruk dibenci. Walaupun kita rasa itu adalah perkara biasa. Tidak semua orang akan suka akan kita. Kita tidak dapat nak puaskan hati semua orang. Setiap orang mempunyai sikap dan pandangan masing-masing. Biarlah orang nak kata apa pasal diri kita yang penting kita tak sakitkan hati mereka semua. Jadilah diri sendiri. Pedulikan apa kata orang lain.

Sekian.

Thursday, 21 April 2016

Assalamualaikum. 

Hai 👋 Miss NAina kembali lagi.. 

Haaa.. Miss NAina nak cerita pasal duit kutu.. 

First, miss NAina nak tanya, pernah tak korang frust sebab kawan tak bayar kutu (bank duit 🏦) masa alam sekolah dulu? Permainan kutu ni biasanya terkenal pada zaman sekolah. Berpakat dengan kawan2 beberapa orang. Lagi ramai lagi baguskan. Sebab apa? Ce teka.... takpe lah. Meh nak jawab. Sebabnya, kalau ramai lagi banyak la duit yang kita dapat kan. Macam mata duitan gitu 😉 walaupun hakikatnya tidak... adalah sebab dia....... 

Tapikan... dalam banyak2 kawan pasti akan ada sorang yang ada sifat tak amanah, tidak semua mereka itu jujur dan amanah. Bayar duit kutu tak full atau tak bayar langsung itu dikira tidak amanah. Ia dah dikira seperti ambil duit orang lain. Sedang kawan kita yang lain sanggup kumpul duit belanja sekolah untuk bayar duit kutu..... 

 Bukan ke ia dah termasuk sebagai HUTANG! Macam mana kalau kawan kita tu tak halalkan? Macam mana di akhirat nanti? Pernah tak kita terfikir akan hal itu? 

Nasihat Miss NAina, sebelum korang nak main kutu, fikir dulu... Bolehkah aku nak main? Sanggupkah aku nak bayar duit RM5 (contoh) setiap minggu? Bolehkah aku jadi orang yang amanah? Pernah terfikir tak? 

Fikir masak2 dulu sebelum mengambil sesuatu tindakan.... 

**😞 dari pengalaman lepas, Miss NAina pun pernah kena juga situasi macam ni. Tapi Miss NAina dulu main dengan senior sekolah. Kawan sekelas yang ajak main.  So Miss pun join la juga sebab tertarik.  Giliran Miss untuk dapat duit kutu dekat akhir kalau tak silap. Setiap minggu Miss selalu bayar duit kutu. Sanggup simpan duit makan kat sekolah. Tapi time part Miss tiba,  tak semua yang bayar full. Ada sorang senior tu tak bayar satu sen pun. Sakit sangat hati. Mungkin salah Miss NAina juga sebab main dengar diorang semua. 
Tapi kita kena ingat, HUTANG DIBAWA MATI. Walau apa keadaan pun kita mesti bayar hutang. 

Hmmmm..... 

Dah takde ayat nak karang. Mungkin setakat ini saje dulu cerita Miss NAina.. 

👋👋👋👋👋👋👋👋👋 😚😚

Sekian........ 




Intro

Assalamualaikum... Perkenalkan, nama saya......... Hmmm, korang panggil je lah saya Miss NAina. Miss NAina sebenarnya masih baru di blog ni. Tiada pengalaman. Insya Allah akan ada pengalaman nanti. Heehee. Miss NAina tak pandai sangat karang ayat. Miss NAina akan buat yang terbaik untuk bakal pembaca miss. ^_^ Miss NAina kongsi kan pengalaman Miss. Opps.. Lupa nak cakap.. Sebenarnya miss masih lagi belajar di tahun 2 disalah satu universiti di Malaysia. ^_' Hmmm.. Sampai sini saje kut pengenalan diri Miss NAina... Sekian..