Saturday, 29 October 2016

Kawan lupa kawan?


Kawan lupa kawan sejak.....? Memang sakit bila dah anggap sebagai kawan rapat atau sahabat. Ye. Benda tu nampak simple kan. Tapi, sakitnya bila dengar perkataan itu "kawan lupa kawan". Memang mudah terkesan kalau kita ni jenis yang mudah terasa hati walaupun perkara kecil.
Contoh, sorang kawan tu duduk sorang je dalam bilik (housemate tapi bilik lain), tak boleh ke nak ajak makan sekali atau order sekali? Kau ingat dia tak lapar? Weii...kau kan pernah duduk sekali dulu. Takkan lupa kawan kut. Kau ingat dia takde perasaan? Mesti terasa hati juga. Dalam hati, "sampai hati tak ajak aku". Ada potensi nak berdendam walau perkara tu kecil je, sebab dah banyak kali kena. (CONTOH KEADAAN) kita tak boleh nak jangka semuanya.
Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.
Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.
Dan....
Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje.
Sabar, sabar dan sabar..
Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.
Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.