Daripada Surah An-Nahl, ayat 53; ayat Quran yang telah di baca,
"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka daripada Allah lah (datangnya) dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepadaNya kamu meminta pertolongan".
Mintalah pertolongan daripada Allah swt, DIA akan tunaikan walaupun lambat. Allah tidak akan pernah melupakan ciptaanNya sebagai mana manusia yang sering kali lalai dan lupa akan Allah swt.
Kadang-kadang kita pernah lupa untuk meminta pertolongan daripada yang MAHA ESA. Kita ter lalu lalai dengan hal dunia.
Semoga Allah swt akan kuatkan iman kita dalam menghadapi segala ujianNya sampai akhir ayat nanti.