Hai 👋 Miss NAina kembali lagi..
Haaa.. Miss NAina nak cerita pasal duit kutu..
First, miss NAina nak tanya, pernah tak korang frust sebab kawan tak bayar kutu (bank duit 🏦) masa alam sekolah dulu? Permainan kutu ni biasanya terkenal pada zaman sekolah. Berpakat dengan kawan2 beberapa orang. Lagi ramai lagi baguskan. Sebab apa? Ce teka.... takpe lah. Meh nak jawab. Sebabnya, kalau ramai lagi banyak la duit yang kita dapat kan. Macam mata duitan gitu 😉 walaupun hakikatnya tidak... adalah sebab dia.......
Tapikan... dalam banyak2 kawan pasti akan ada sorang yang ada sifat tak amanah, tidak semua mereka itu jujur dan amanah. Bayar duit kutu tak full atau tak bayar langsung itu dikira tidak amanah. Ia dah dikira seperti ambil duit orang lain. Sedang kawan kita yang lain sanggup kumpul duit belanja sekolah untuk bayar duit kutu.....
Bukan ke ia dah termasuk sebagai HUTANG! Macam mana kalau kawan kita tu tak halalkan? Macam mana di akhirat nanti? Pernah tak kita terfikir akan hal itu?
Nasihat Miss NAina, sebelum korang nak main kutu, fikir dulu... Bolehkah aku nak main? Sanggupkah aku nak bayar duit RM5 (contoh) setiap minggu? Bolehkah aku jadi orang yang amanah? Pernah terfikir tak?
Fikir masak2 dulu sebelum mengambil sesuatu tindakan....
**😞 dari pengalaman lepas, Miss NAina pun pernah kena juga situasi macam ni. Tapi Miss NAina dulu main dengan senior sekolah. Kawan sekelas yang ajak main. So Miss pun join la juga sebab tertarik. Giliran Miss untuk dapat duit kutu dekat akhir kalau tak silap. Setiap minggu Miss selalu bayar duit kutu. Sanggup simpan duit makan kat sekolah. Tapi time part Miss tiba, tak semua yang bayar full. Ada sorang senior tu tak bayar satu sen pun. Sakit sangat hati. Mungkin salah Miss NAina juga sebab main dengar diorang semua.
Tapi kita kena ingat, HUTANG DIBAWA MATI. Walau apa keadaan pun kita mesti bayar hutang.
Hmmmm.....
Dah takde ayat nak karang. Mungkin setakat ini saje dulu cerita Miss NAina..
👋👋👋👋👋👋👋👋👋 😚😚
Sekian........